Jibril Mengajar Nabi Nuh membuat Kapal
Di saat kaum Nuh melakukan tipu daya untuk
membinasakan Nabi Nuh as maka Allah membinasakan mereka semua yaitu dengan
mengeluarkan daripada bumi air yang sangat panas dan mencurahkan dari langit
air yang sangat sejuk dan mendatangkan angin taufan yang sangat dahsyat di
keliling mereka, saat itu binasalah musuh-musuh Nabi Nuh dan selamatlah Nabi
Nuh berserta pengikut-pengikutnya yang beriman.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Maka Kami selamatkan Nuh dan orang-orang yang
bersertanya di dalam kapal yang penuh muatan.”
(Asy-Syu’ara’: 119)
(Asy-Syu’ara’: 119)
Kaum Nuh ingin mengeluarkan Nabi Nuh as. daripada
tengah-tengah mereka. Kemudian Allah SWT melakukan tipu daya terhadap mereka.
Dan Allah mengeluarkan daripada langit air yang sangat sejuk dan memancarkan
air daripada bumi dengan air yang sangat panas.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan
menurunkan air yang mencurah-curah. Dan
Kami jadikan bumi memancar mata air-mata air maka bertemulah air-air itu satu
urusan yang sungguh telah
ditetapkan.”
(Al-Qamar: 11-12)
(Al-Qamar: 11-12)
Ketika masa azab yang telah
ditentukan oleh Allah SWT itu hampir tiba, Allah mengutus Malaikat Jibril as
untuk menemui Nabi Nuh as mengajarkan kepada beliau cara-cara menukang kayu,
dan Jibril mengatakan bahawa Allah menyuruh Nabi Nuh membuat sebuah kapal.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan
petunjuk wahyu Kami.”
(Hud: 37)
(Hud: 37)
Kemudian Nabi Nuh berkata: “Bagaimana cara membuat
kapal tersebut? Jibril menjawab: “Potonglah 124000 keping papan, dan pada
tiap-tiap keping papan itu tertulis nama Nabi.” Nabi Nuh menjawab:
“Sesungguhnya saya tidak mengetahui seluruh nama-nama Nabi tersebut? Allah
berfirman: “Wahai Nuh, tugas memotong papan itu adalah tugasmu, sedangkan
menyatakan nama-nama nabi itu, Akulah yang akan melakukannya.”
Kemudian Nabi Nuh pun memotong kepingan papan yang
pertama, maka kelihatan nama Nabi Adam as. Pada kepingan yang kedua nampak nama
Syaits as. Pada kepingan papan yang ketiga nampak nama Idris as. Pada kepingan
papan yang keempat nama Nuh as. Demikianlah seterusnya, setiap kali Nabi Nuh
selesai memotong papan tersebut maka nampaklah nama seorang Nabi pada papan itu.
Yang paling akhirnya adalah Nabi Muhammad SAW, sebagai penutup nabi-nabi,
penghias orang orang suci dan penyuluh para wali.
Setelah itu Allah memerintahkan Nabi Nuh as untuk
menyiapkan paku-pakunya. Pada setiap paku tercantum nama salah seorang Nabi.
Setelah Nabi Nuh as menyiapkan paku, lalu beliau menyatukan kepingan-kepingan
papan tersebut dan memakunya. Orang-orang kafir yang melihat pekerjaan Nabi Nuh
itu mengejek dan menghinanya. Hal ini dinyatakan Allah SWT dalam firmanNya yang
bermaksud :
“Dan mulailah Nuh membuat bahtera. Dan setiap kali
pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh, mereka mengejeknya. Berkatlah Nuh:
“Jika engkau mengejek kami, maka sesungguhnya kami pun mengejekmu sebagaimana
kamu sekalina mengejek (kami).”
(Hud: 38)
(Hud: 38)
Itulah sebagai peringatan yang
diberikan oleh Allah, kerana ketika Allah nampakkan nama-nama kekasih-Nya pada
kepingan papan itu, maka Allah selamatkan papan itu dan penumpangnya daripada
badai dan taufan. ketika Allah menampakkan pada hati orang-orang beriman
kecintaan kepada Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, maka Allah selamatkan
pula mereka daripada seksaan api Neraka.
Dalam sebuah kisah diceritakan, bahawa ada yang
bertanya kepada Abdullah bin Abbas ra. “Ajarilah kami ilmu yang dapat menyelamatkan kami daripada api neraka dan dapat
memasukkan kami ke dalam Syurga ?”
Ibnu Abbas menjawab: “Hendaklah kamu semua
melakukan lima belas perkara. laitu lima dengan lisan, lima dengan anggota
badan dan lima dengan hatimu.
Lima dengan lisan itu adalah mengucap kalimah:
1. Subhanallah
2. Alhamdulillah
3. La ilahaillallah
4. Allahuakhbar
5. Lahaulawala quwata illa billahil
‘aliil adzhim
Lima dengan anggota badan yaitu solat lima waktu:
1. Isyak.
2. Subuh.
3. Zohor.
4. Asar.
5. Maghrib.
Lima dengan hati yaitu mencintai lima orang yang
dicintai Allah SWT Rasulullah dan sahabat yang empat.
1. Nabi Muhammad SAW
2. Abu Bakar Siddiq.
3. Umar bin Khattab.
4. Usman bin Affan.
5. Ali bin Abi Thalib.
Comments